Sunday, January 7, 2018

Sambungan coretan - Alfateha Abdul Rahman Bin Ismail


Rasanya macam baru semalam jer beliau pergi meningalkan kami, bagi orang tua ibu, mungkin kali ni agak sukar sikit bagi mereka nak menerima kenyataan bahwa abg ibu dah pergi meninggalkan kita semua, kasihan pada mak dan ayah yang senantiasa berlinangan air mata bila memikirkan anak kesayangannya ini telah tiada.

nak di kata kan tak ade kenangan tu bohonglah, ni sikap kembali 3 bulan sebelum pemergian beliau, masa tu beliau sering nak pergi berubat, dia ajak mak ayah ikut sama, ke batam kemudian balik ke JB, then ulang alik ke Melaka cuci darah dan sebagainya.

Walaupun beliau dalam kesakitan, namun jarang sekali beliau ni terdampar di katil, malah beliau paksa diri ke masjid, solat dan meluangkan masa banyak bersama mak dan ayah, pernah satu ketika tu sampai ke lengkawi jauh tu nak dikirakan buat orang yang sedang sakit, kaki yang bengkak namun semua tu tak pernah di hiraukan, masa 3 bulan akhir tu tah kenapa ibu rasa dia macam lain sikit.  Pernah sekali ibu beli barang di sheng shiong nak masak2 di rumah anak ibu kemudian dia pulak ada di situ, dia tanya nak buat apa beli barang banyak2 ni, ibu cakaplah saja nak 'melarikan diri' ke rumah anak nak merehatkan diri la tu, kemudian dia ckp kalau gitu nak ikutlah, ibu kata oklah jumpa sana jer, ibu kasi alamat semua, sampai sana ibu siap masak nasi ayam kesukaan keluarga, dia sampai time tu, kata dia pada ibu, sah abg laparlah, ibu pun siapkan n kasi dia makan, 

Hari tu tah kenapa lain sangat dia makan banyak sampai berpingan 9dalam hati cakap dia ni lapar agaknya) tak kisahlah masak 2nd round nasik ayam, so bila semua dah makan, ibu duduk di hall, dia memula tu diam tak banyak cakap then dia keluarkan semua credit card dia (dalam hati byk jugak card dia ni :D)lepas tu dia tanya ape pendapat ibu dengan semua card tu, then ibu nasihatkan dialah, tutup mana2 card yang jarang di gunakan so dia pun setuju terus call bank2 tu, then hanya tinggal card yang penting saja dia simpan balik dalam beg duit dia, lepas tu dia cam susah nak nafas tapi diam sekejap, lepas tu dia mula meluah perasaan dia (tak perlu la ibu ckp disini tu peribadi aruah) so byk juga yang kita bicangkan, banyak juga yang ibu nasihat dia, tapi apa pun macam ibu beritau dia, ibu takbleh cakap banyak, sebab dia yang laluinya so dia kena bijak kendalikan masaalah dia, dan kena byk doa, moga Allah buka ruang tuk dia tenang dan selesaiakan semua masaalah tu dengan baik, insyaAllah takde masaalah takbleh kita selesaikan so dia pun agree la.

So di pendekkan cerita, 2 hari sebelum dia meninggal, mak ibu talipon, mak cakap abg susah nak nafas, dan mak cakap abg suruh mak beritau ibu (pelik jugak sebab, nak kata kita dua ni rapat rasanya ok ok jer, kadang macam  kucing dgn anjing asyik bergadoh jer kata mak) so hari dia sakit tu, aruah suruh mak call ibu dan beritau keadaan dia pada ibu, dan kata mak lagi 'abg kau kata beritau kau dia kata kau tau apa nak buat' hm masa tu mak cakap tak perlu datang kalau penat teliponkan jer ambulance, but hati ibu cakap lain pulak ibu cakap dgn mak 'takpe mak kita datang kejap, takut nanti orang ambulance tu tanya mak taktau nak jawab apa pulak nanti' so ibu lari kerumah mak tengok abg ibu dalam keadaan tercungap2, ibu tanya bibik (yg menjaga mak dan ayah) ibu kata 'bik kenapa abg saya sampai keadaan mcm ni kamu baru beritau saya?' bibik jadi panik dia ckp abg ibu yang tak mahu pergi doktor atau hospital semalaman dia sakit sesak nafas, bila dgr penjelasan bibik ibu tak ckp ape lagi lah terus urus abg, then ibu ckp dgn abg ibu 'bang what happen? (dia tunjuk2 tangan suruh tolong 'dia tolong abg sah') ibu cakap panas ni bang, abg sakit dekat mana? (dia tunjuk2 dada dia mean susah nak nafas) kita bawak abg pegi hospital yer?' masa tu dia kasi signal 'ok' dgn jari jer

terus minta anak sdr ibu nabil call Ambulance n ibu terus lap2 badan dia yang basah kuyup dengan panas n peluh, sampai ambulance datang drg check n bawak dia turun lift masa tu ibu nampak dia lambai tangan pada mak dan kakak ibu di rumah tingkat 2 tanpa kita semua tau itulah lambaian yang terakhir dari dia lepas dalam ambulance hati ibu dah mula rasa tak tenang (masa tu ibu duduk sebelah driver) ibu dengar dorang debuk debuk dada abg ibu, cuba nak tengok tapi tak dapat sebab terhalang dorang yang tengah buat sesuatu di belakang, siren ambulance semakin laju di bunyikan, dalam masa tu da berjurai air mata ibu tau keadaan abg tak ok, cepat2 ibu msg anak2 dia beritau lepas tu ibu urus abg terus ke emergency terpaksa duduk di luar tunggu sehingga anak lelaki dia yang sulong datang.

Masa ibu di sana ibu di suruh untuk register nama dan contact person (ni biasa di lakukan kalau kalau ade ahli keluarga di masukkan ke hospital) so ibu buat seperti yang di suruh, ibu hanya perhatikan apa yang di lakukan pada abg (terus terang masa ni ibu da tak kuat, hati tu tak dapat nak tahan lagi air mata, tapi ibu cuba kawal takut ada ahli keluarga yang datang nampak pulak ibu menangis) so tak lama kemudian doktor di wad emergency cari ahli keluarga abg, ibu tampil perkenalkan diri dan mengatakan beliau adelah abg kandong ibu, so doktor agak kelam kabut sikit mungkin nak lari kedalam balik untuk perhatikan keadaan abg ibu πŸ˜”so kata doktor beliau masih cuba untuk pastikan keadaan abg sebelum beliau boleh beritau tindakkan selanjutnya pada ibu dan keluarga, doktor kata dorang nak buat xray dan ambil darah, so 'we need u to sign the form' as sibling ibu sign la since masa tu no one there, ibu duduk di luar dan biarkan drg rawat abg, sementara msg keluarga abg dan anak2nya, akhirnya sorang demi sorang anak2 abg sampai tapi masih tak dapat masuk sebab doktor masih merawat dia, ibu tgk di screen nama pesakit, abg ibu keluar masuk room xray πŸ˜” kesian dia maybe tak ok gaknya xray awal tadi haiz.

30 minit masa berlalu doktor pun keluar dan beritau ibukeadaan abg yang sebenar dan doktor memerlukan tanda tangan untuk kasi abg ubat, dan masukkan tiub di dadanya sebab doktor nak cuba keluarkan lendiran di dadanya, so ibu ikut kan saja dan fikir yang terbaik buat abg since abg da pesan ibu untuk urus dia 😒dan itulah kali terakhir ibu lihat dia sedar dia bagai berbicara dgn ibu untuk buat yang terbaik urus dia (yaAllah hanya tuhan jer tau ape perasaan ibu masa tu, tapi ibu ckp pada diri sendiri yang aku tak boleh nangis depan abg atau siapa pun :() selepas tu dorang buat apa yang perlu untuk dorang bantu pernafasan abg dan lain2nya.

Doktor call ibu di HP dan bertanya ibu di mana ibu kata ibu masih di tempat menunggu emergency, tak lama kemudian dia keluar dan beritau ibu keadaan abg ibu tak stabil dan akan di  masukkan ke wwad intensif 😩ya Allah bang kau tak ok rupanya hmm..(YaAllah bantu la ringankan sakit abg aku ya Allah, permudahkan urusannya YaAllah dan kasihani dia YaAllah 😭) doktor kata lagi yang abg akan di letk bawah jagaan rapi dan akan di alihkan kesana SEKARANG katanya so ibu sign lagi untuk alihkan dari emergency ke wad intensif (ini pertama kali ibu ke wad ni), dalam masa yang sama ibu beritau doktor anak lelaki abg ade bersama ibu dan suruh dia masukkan ke dalam senarai next kin untuk di hubungi selain ibu, so doktor akur je, beralih ke wad intensif disitu semua pesakit memang serius2 kes sunyi hanya bunyi mesin dan  degupan meter jantong dan nurse dan doktor lari keluar bilik

setelah di rawat abg masih keadaan tidak sedar kan diri, bila dan settle drg masukkan wad ibu tgk macam2 wire dia pasang untuk bantu pernafasan dan sedut lendir dalam paru2 sian abg, ibu masih setia stay di wad tunggu yang lain datang and just incase doktor nak jumpa, doktor wad datang dan tanya ibu 'are u his wife?' ibu tekejut la doktor ni buat kelakar ibu cakap 'nope im his sibling' so dia pun ckp lagi 'pls tell his family that ur brother condition was not OK!' hmm da agak da dia nak ckp tu dgn muka agak separuh panik dia berlari kedalam lagi bila salah satu mesin pam nafas tu bunyi

sementara doktor bz ibu cepat2 beritau ahli keluarga cepat datang, dari pagi tu ibu tunggu sampai menjelang senja, sorang demi sorang ahli keluarga datang termasuk semua anak2 dan isteri abg, dan anak sulong ibu juga sampai (anak2 sdr semua mmg rapat dgn abg)  sebelah malam abg sulong ibu sampai, sorang demi sorang sdr  jauh sampai, sehingga tengah mlm beransur pulang mereka balik rumah masing2 namun ibu masih di sana, akhirnya tgh mlm yg tinggal hanya ibu, abg sulong ibu dan ipar ibu ade tuk bantu bacaan di telinga abg πŸ˜ͺ

so ibu dah terangkan ape yang berlaku so kita tunggu result doktor...





No comments:

Post a Comment

Contact Us

If you have story to share pls send us email to this address:
LUAHANRASA.FM
http://www.luahanrasa.com
Email us : Attn Admin
radio.luahanrasafm@yahoo.com