Sunday, January 7, 2018

Sambungan coretan - Alfateha Abdul Rahman Bin Ismail


Rasanya macam baru semalam jer beliau pergi meningalkan kami, bagi orang tua ibu, mungkin kali ni agak sukar sikit bagi mereka nak menerima kenyataan bahwa abg ibu dah pergi meninggalkan kita semua, kasihan pada mak dan ayah yang senantiasa berlinangan air mata bila memikirkan anak kesayangannya ini telah tiada.

nak di kata kan tak ade kenangan tu bohonglah, ni sikap kembali 3 bulan sebelum pemergian beliau, masa tu beliau sering nak pergi berubat, dia ajak mak ayah ikut sama, ke batam kemudian balik ke JB, then ulang alik ke Melaka cuci darah dan sebagainya.

Walaupun beliau dalam kesakitan, namun jarang sekali beliau ni terdampar di katil, malah beliau paksa diri ke masjid, solat dan meluangkan masa banyak bersama mak dan ayah, pernah satu ketika tu sampai ke lengkawi jauh tu nak dikirakan buat orang yang sedang sakit, kaki yang bengkak namun semua tu tak pernah di hiraukan, masa 3 bulan akhir tu tah kenapa ibu rasa dia macam lain sikit.  Pernah sekali ibu beli barang di sheng shiong nak masak2 di rumah anak ibu kemudian dia pulak ada di situ, dia tanya nak buat apa beli barang banyak2 ni, ibu cakaplah saja nak 'melarikan diri' ke rumah anak nak merehatkan diri la tu, kemudian dia ckp kalau gitu nak ikutlah, ibu kata oklah jumpa sana jer, ibu kasi alamat semua, sampai sana ibu siap masak nasi ayam kesukaan keluarga, dia sampai time tu, kata dia pada ibu, sah abg laparlah, ibu pun siapkan n kasi dia makan, 

Hari tu tah kenapa lain sangat dia makan banyak sampai berpingan 9dalam hati cakap dia ni lapar agaknya) tak kisahlah masak 2nd round nasik ayam, so bila semua dah makan, ibu duduk di hall, dia memula tu diam tak banyak cakap then dia keluarkan semua credit card dia (dalam hati byk jugak card dia ni :D)lepas tu dia tanya ape pendapat ibu dengan semua card tu, then ibu nasihatkan dialah, tutup mana2 card yang jarang di gunakan so dia pun setuju terus call bank2 tu, then hanya tinggal card yang penting saja dia simpan balik dalam beg duit dia, lepas tu dia cam susah nak nafas tapi diam sekejap, lepas tu dia mula meluah perasaan dia (tak perlu la ibu ckp disini tu peribadi aruah) so byk juga yang kita bicangkan, banyak juga yang ibu nasihat dia, tapi apa pun macam ibu beritau dia, ibu takbleh cakap banyak, sebab dia yang laluinya so dia kena bijak kendalikan masaalah dia, dan kena byk doa, moga Allah buka ruang tuk dia tenang dan selesaiakan semua masaalah tu dengan baik, insyaAllah takde masaalah takbleh kita selesaikan so dia pun agree la.

So di pendekkan cerita, 2 hari sebelum dia meninggal, mak ibu talipon, mak cakap abg susah nak nafas, dan mak cakap abg suruh mak beritau ibu (pelik jugak sebab, nak kata kita dua ni rapat rasanya ok ok jer, kadang macam  kucing dgn anjing asyik bergadoh jer kata mak) so hari dia sakit tu, aruah suruh mak call ibu dan beritau keadaan dia pada ibu, dan kata mak lagi 'abg kau kata beritau kau dia kata kau tau apa nak buat' hm masa tu mak cakap tak perlu datang kalau penat teliponkan jer ambulance, but hati ibu cakap lain pulak ibu cakap dgn mak 'takpe mak kita datang kejap, takut nanti orang ambulance tu tanya mak taktau nak jawab apa pulak nanti' so ibu lari kerumah mak tengok abg ibu dalam keadaan tercungap2, ibu tanya bibik (yg menjaga mak dan ayah) ibu kata 'bik kenapa abg saya sampai keadaan mcm ni kamu baru beritau saya?' bibik jadi panik dia ckp abg ibu yang tak mahu pergi doktor atau hospital semalaman dia sakit sesak nafas, bila dgr penjelasan bibik ibu tak ckp ape lagi lah terus urus abg, then ibu ckp dgn abg ibu 'bang what happen? (dia tunjuk2 tangan suruh tolong 'dia tolong abg sah') ibu cakap panas ni bang, abg sakit dekat mana? (dia tunjuk2 dada dia mean susah nak nafas) kita bawak abg pegi hospital yer?' masa tu dia kasi signal 'ok' dgn jari jer

terus minta anak sdr ibu nabil call Ambulance n ibu terus lap2 badan dia yang basah kuyup dengan panas n peluh, sampai ambulance datang drg check n bawak dia turun lift masa tu ibu nampak dia lambai tangan pada mak dan kakak ibu di rumah tingkat 2 tanpa kita semua tau itulah lambaian yang terakhir dari dia lepas dalam ambulance hati ibu dah mula rasa tak tenang (masa tu ibu duduk sebelah driver) ibu dengar dorang debuk debuk dada abg ibu, cuba nak tengok tapi tak dapat sebab terhalang dorang yang tengah buat sesuatu di belakang, siren ambulance semakin laju di bunyikan, dalam masa tu da berjurai air mata ibu tau keadaan abg tak ok, cepat2 ibu msg anak2 dia beritau lepas tu ibu urus abg terus ke emergency terpaksa duduk di luar tunggu sehingga anak lelaki dia yang sulong datang.

Masa ibu di sana ibu di suruh untuk register nama dan contact person (ni biasa di lakukan kalau kalau ade ahli keluarga di masukkan ke hospital) so ibu buat seperti yang di suruh, ibu hanya perhatikan apa yang di lakukan pada abg (terus terang masa ni ibu da tak kuat, hati tu tak dapat nak tahan lagi air mata, tapi ibu cuba kawal takut ada ahli keluarga yang datang nampak pulak ibu menangis) so tak lama kemudian doktor di wad emergency cari ahli keluarga abg, ibu tampil perkenalkan diri dan mengatakan beliau adelah abg kandong ibu, so doktor agak kelam kabut sikit mungkin nak lari kedalam balik untuk perhatikan keadaan abg ibu πŸ˜”so kata doktor beliau masih cuba untuk pastikan keadaan abg sebelum beliau boleh beritau tindakkan selanjutnya pada ibu dan keluarga, doktor kata dorang nak buat xray dan ambil darah, so 'we need u to sign the form' as sibling ibu sign la since masa tu no one there, ibu duduk di luar dan biarkan drg rawat abg, sementara msg keluarga abg dan anak2nya, akhirnya sorang demi sorang anak2 abg sampai tapi masih tak dapat masuk sebab doktor masih merawat dia, ibu tgk di screen nama pesakit, abg ibu keluar masuk room xray πŸ˜” kesian dia maybe tak ok gaknya xray awal tadi haiz.

30 minit masa berlalu doktor pun keluar dan beritau ibukeadaan abg yang sebenar dan doktor memerlukan tanda tangan untuk kasi abg ubat, dan masukkan tiub di dadanya sebab doktor nak cuba keluarkan lendiran di dadanya, so ibu ikut kan saja dan fikir yang terbaik buat abg since abg da pesan ibu untuk urus dia 😒dan itulah kali terakhir ibu lihat dia sedar dia bagai berbicara dgn ibu untuk buat yang terbaik urus dia (yaAllah hanya tuhan jer tau ape perasaan ibu masa tu, tapi ibu ckp pada diri sendiri yang aku tak boleh nangis depan abg atau siapa pun :() selepas tu dorang buat apa yang perlu untuk dorang bantu pernafasan abg dan lain2nya.

Doktor call ibu di HP dan bertanya ibu di mana ibu kata ibu masih di tempat menunggu emergency, tak lama kemudian dia keluar dan beritau ibu keadaan abg ibu tak stabil dan akan di  masukkan ke wwad intensif 😩ya Allah bang kau tak ok rupanya hmm..(YaAllah bantu la ringankan sakit abg aku ya Allah, permudahkan urusannya YaAllah dan kasihani dia YaAllah 😭) doktor kata lagi yang abg akan di letk bawah jagaan rapi dan akan di alihkan kesana SEKARANG katanya so ibu sign lagi untuk alihkan dari emergency ke wad intensif (ini pertama kali ibu ke wad ni), dalam masa yang sama ibu beritau doktor anak lelaki abg ade bersama ibu dan suruh dia masukkan ke dalam senarai next kin untuk di hubungi selain ibu, so doktor akur je, beralih ke wad intensif disitu semua pesakit memang serius2 kes sunyi hanya bunyi mesin dan  degupan meter jantong dan nurse dan doktor lari keluar bilik

setelah di rawat abg masih keadaan tidak sedar kan diri, bila dan settle drg masukkan wad ibu tgk macam2 wire dia pasang untuk bantu pernafasan dan sedut lendir dalam paru2 sian abg, ibu masih setia stay di wad tunggu yang lain datang and just incase doktor nak jumpa, doktor wad datang dan tanya ibu 'are u his wife?' ibu tekejut la doktor ni buat kelakar ibu cakap 'nope im his sibling' so dia pun ckp lagi 'pls tell his family that ur brother condition was not OK!' hmm da agak da dia nak ckp tu dgn muka agak separuh panik dia berlari kedalam lagi bila salah satu mesin pam nafas tu bunyi

sementara doktor bz ibu cepat2 beritau ahli keluarga cepat datang, dari pagi tu ibu tunggu sampai menjelang senja, sorang demi sorang ahli keluarga datang termasuk semua anak2 dan isteri abg, dan anak sulong ibu juga sampai (anak2 sdr semua mmg rapat dgn abg)  sebelah malam abg sulong ibu sampai, sorang demi sorang sdr  jauh sampai, sehingga tengah mlm beransur pulang mereka balik rumah masing2 namun ibu masih di sana, akhirnya tgh mlm yg tinggal hanya ibu, abg sulong ibu dan ipar ibu ade tuk bantu bacaan di telinga abg πŸ˜ͺ

so ibu dah terangkan ape yang berlaku so kita tunggu result doktor...





Saturday, September 9, 2017

Jaga MULUT/PERANGAI !!!

Kenapa manusia ni tak tau jaga MULUT/PERANGAI !!!

Kenapa? yer semakin usia kita makin meningkat, ramai yang TAK BOLEH mengawal diri, sama ada dari segi percakapan mau pun dari segi mengawal perasaan atau beremosi, apa kah di sebabkan ramai dalam golongan ni sudah mencapai usia monopause atau extrapause? atau di sebabkan faktor usia???

contohnya: Ada di sesetengah orang yang sudah berusia (dan ada juga yang muda begini), susah nak menahan mulut dari menjadi celupar (maaf yer harus mengunakan ayat ni) kadang tu nak menegur orang sedap sembuh jer, suara pun bukan main kuat dan mampat dan ada kala dengan cara menyindir, macam tak bersalah jer,  contoh 1. 'kau ni dah semakin gemok aku tengok, dah sama macam mak engkau' atau 2. 'ehhh awakkk lama kita tak jumpa awak, mana pegi?? wahh makin gemuk awak sekarang eh!!' ceyyy mulut tu macam nak kena cili tak pun kasi simen jer asal sedap cakap jer, kalau yer pun excited gairah jumpa kawan lama

1. Belajarlah mulakan perbualan dengan bertanya khabar bersalaman
2. Pertanyaan tu jangan merapu
3. Carik topik yang HAPPY2 yang menarik dan bukan mengumpat carik kesalahan orang lain, jangan selalu fikir apa kita ingat kelakar pada kita tu kelakar pada orang lain FAHAM EH πŸ˜‘πŸ˜•
4. dan bila dah nak balik, cakap yang baik2 jer cthnya: 'oklah awak dah lama ni kita keluar karang carik pulak si bapak budak tu' atau 'oklah yer kita nak mintak diri dulu ni, nak pegi ambil budak balik sekolah, nanti terlambat pulak (sambil gelak), kata2 yang meninggalknak kenangan dan buat kawan kita tersenyum bila kita berlalu (mesti dia nak jumpa lagi kan lepas ni)
5. Kemudian salam dan berlalu (senyumlah skit tak perlu nak kelam kabut macam nak kerja apa jer) nanti dia mesti terfikir baik betul kawan aku ni, dah berapa tahun pun tak jumpa dia masih sama lembut jer tutur kata dia tu.

Moral of the story, kalau kita nak menegur orang biarlah beralas sikit agar takde sampai orang kecil hati, nak orang hurmati kita, kenalah mulakan dengan diri kita dulu, barulah yang muda/tua pun akan sayang dan hurmati kita, jangan sekali sebut macam tak ada hari esok atau pun cakap berjela jela sampai orang lain tak boleh nak mencelah walau sepatah pun ni ape hal?? adoiiyaiii, asyik dia jer nak cakap, sekurang2nya cakap sikit2 dan kasi peluang kawan kita tu pulak cakap, jadi baru lah seronok dua2 dapat cakap yer tak, ni dia jer nak cerita sorang, orang lain tak perlu cakap ke?? ape kes esh eshhh, nanti lain kali kalau dia jumpa kita mesti dia serik dan cuba mengelak kan diri dari terserempak atau berbual dgn kita sebab dia tau kita ni macam mana ibarat mulut macam keretapi (cakap tak berhenti, Stress org tau).

ps: jadi orang tua cuba jangan cepat melatah, jangan cepat emosi, kurangkan daripada banyak bercakap, dan banyakkan mendengar, harus selalu jaga pertuturan dan sayang pada yang tua/muda, agar tetap di hurmati dan di sayangi, bukan bermakna kita ni dah dewasa TUA... KITA SAJA YANG BETUL, harus belajar mengimbangi sikap dan emosi maklomlah USIA MENINGKAT REMAJA ni kan cepat nak melatah,  fikir fikirkanlah k, ubah sikap tu kalau tak mahu di benci atau di jauhi, dan untuk yang muda2 pulak kenalah banyak sabar yer dengan orang TUA πŸ˜‡πŸ‘Œ, sebab tak semua orang ada kesedaran dan rasa hurmat yang tinggi pada orang lain dan tak semua sedar sikap mereka menyakiti perasaan orang lain,  sabar yer, sebab satu hari nanti kita pun akan tua dan akan lalui tekanan dan perubahan hidup sama seperti 'mereka' ni. Kalau ada salah ayat atau perkataan ampun maaf dari ibu, hanya pandangan jer nak share, kalau suka share pada kawan2 kalau tak suka kimsalam maknya πŸ‘ŒπŸ˜‚ wassalam.

coretan dari:
~ Deejay Ibumisali

Tuesday, October 27, 2015

Kisah Aunty BB

Saja nak kongsi cerita di sini, tentang sikap manusia ni, kadang tu orang yang betul2 buat jahat dan buat banyak kerosakkan pada masyarakat tidak di soal dan di tegur, tapi orang yang buat baik pulak di tegur dan di komen macam-macam, tak boleh tengok orang senang sikit, ada saja nak iri hati dan cemburu adoiiyaiii stress di buatnya.



<---Aunty BB di kebun (the green hand lady) sambil melambai tangan panggil ibu 😁, tiap kali kalau ada pokok bunga yang dia tanam menjadi, dia nak ibu tgk wahh semangat seyy n so sweet kan.

Satu contoh ibu kasilah ok, ini tentang kisah seorang teman bernama aunty BB, seorang wanita berketurunan india yang agak lanjut usia, seorang balu kematian suami kalau tak silap ibu masa usia dia 50an dia sudah kehilangan suami (sama mcm ibu), dia ada 4 orang anak 3 perempuan 1 lelaki, hidup sendiri membesarkan 4 anak bukan sesuatu yang mudah, tapi dia seorang yang kuat semangatnya, pernah suatu ketika dia berkerja sebagai pekebun, menjaga kebun kerajaan JTC


Di pendekkan cerita, aunty BB ni dia suka Gardening/berkebun, itu mmg hobbi dia, apa saja pokok yang dia tanam mesti menjadi, gemok2 pulak tu bunga2 dia tanam,  baru2 ni.. salah sorang anak perempuan dia mengidap cancer, di susuli pula menantu cina isteri kepada anak lelaki dia yang mengidap cancer sehingga membawa maut, selepas itu anak lelaki dia pulak sakit2 yg ibu tau merisaukan dia.

<-- Di Flower by the bay

Jadi ibu rasa sebagai teman walau hanya di garden, ibu perihatin kepada dia dan selalu ambil tahu kalau2 dia ada masalah atau pun memerlukan pertolongan, ibu akan pastikan yang ibu ada untuk bantu, sepertimana ibu ada selalu untuk orang tua ibu. Sejak kematian menantu dia, ibu dapat rasakan dia bersedih tapi dia tak pernah luahkan, kadang dia duduk di garden tempat kami berkebun, sementara tunggu cuaca tidak panas, dia mengait dan dia habiskan masa berkebun.


Ibu fikir apa yang boleh ibu sebagai kwn bantu dia? ibu fikir dan soal hati sendiri, akhirnya dgn tidak fikir panjang dapat 1 idea, kebetulan dia suka bunga bungaan, setiap kali ibu ke Garden by the Bay atau Fareast Flora ibu akan bawa dia bersama, kadang tu bila di sana mcm dia taknak balik :) mungkin seronok tgk bunga2 tu, dan setiap kali balik dari sana...ibu belikan dia sepasu pokok atau bunga, untuk dia tanam di RC tentu dia suka, fikir ibu dalam hati (mmg pun dia suka)
Setiap kali balik dari tempat2 ni ibu bawa banyak pokok bunga dan kebetulan ibu suka juga tanaman pokok dan bunga di koridor rumah ibu, jadi ada satu hari ni...sesaorang ni bertanya pada ibu

Hamba Allah: banyaknya beli bunga.. beli dkt mana tu? ibu: oo bunga ni ke? beli dkt Fareast Flora kenapa cik?
Hamba Allah: oh tak ada lah tanya jer, pergi dgn siapa tu (sambil terjenguk2 melihat ke arah Aunty BB
Ibu: ohhh pergi dgn makcik tu (jawab berseloroh sambil ibu tunjuk Aunty BB) mana saya pergi kalau tempat bunga2 ni cik, dia kena ikut, sebab dia bodyguard saya (ketawa kecil dgn aunty bb) Aunty BB:  ada ada saja dia, dia memang suka bawa saya, dia ajak saya ikutlah Hanba Allah: oh yer ke? ingatkan dgn siapa lah awak pegi tadi, sanggup bawak dia eh (yg di maksudkan tu aunty BB) 
Ibu: yer cik tak apa pun bawak dia tak rugi pun saya, lagi pun kesian dia sorang2 selalu, tu yang bawak dia tengok bunga, tengok bunga jer dah buat dia happy, tgklah tu (kami gelak) lagi pun apa salahnya kita buat baik pada orang lain kan? nak berkawan atau buat baik tak kan pada bangsa kita jer yer tak? biar adillah pada semua yang perlukan pertolongan kita, kira kata orang putih tu no boundry lah cik (part ni makcik blur jap 😁) Hamba Allah: ah yer lah (dia mula tone down suaranya dia fikir tu haha, baru dia faham gaknya)akhirnya perbualan kami habis di situ jer ibu minta diri dan pergi ke arah aunty BB kami bual pasal mcm mana nak tanam pokok. 

Setiap bulan biasanya ibu kalau jumpa aunty bb borak panjang maklum lama tak jumpa kan walaupun tinggal di tempat yang sama, kadang suka jugak ajak dia makan, ade kala dia nak ade kala dia tak taknak sebab dia da makan, dan setiap kali jumpa mmg ibu suka selit duit belanja skit, takde lah banyak tapi cukup tuk dia buat belanja skit, kadang tu nampak dia senyum lebar 😁amboi sukanya, biasanya ibu sorok2 tapi ada jugak yang mata 'helang' nampak jer ceyyy.... terus jer drg tanya  'eh cantek(bukan perasan eh 😌tapi itu  panggilan dorang panggil ibu di kebun RC) apa pasal lu kasi bb duit?' haizzz.. itu pun jadi persoalan ke?? apedahhh, macam ler ibu guna duit 😑darah up ni,  padahal sikit tak fikir apa pun sekadar kasi duit kopi ikhlas jer, mentanglah orang tu bangsa india, tak kan lah itu pun jadi masalah.  Sebelum jalan ibu cakap berbaik since drg ni macam polis πŸ˜’ingatkan dah abes tau tapi ada lagi pulak tu dia cakap 'ye la dia kan india kenapa lu kasi sama dia?'tanpa fikir panjang dan nak matikan perbualan ibu pun jawab 'eh apa pasal wa tak boleh kasi? dia india ke malayu ke cina ke, wa suka la, wa punya duit maa' 😝ade aku kisah hahaha... dia pun terus berlalu sengeh kerang aduiii tak bersalah jer tu, BB dgr jer perbualan ibu dgn kwn yang berbangsa cina tu, tapi apa pun perbualan tu berunsur gurauan, dorang dah kenal ibu lama dan selalu pun suka usik ibu, bukan lah marah cuma hari tu dorang terlebih 'kepo' hahaha sabo jerlah. Tapi biasalah manusia ni merah mata sikit, biarla orang nak kata apa ade aku kisah, tak rugi apa pun yer tak, kita nak buat baik bukan dgn bangsa kita jer tapi dengan semua orang, baru lah hidup tu happy makmur jer apedaaa, yang penting kita tak ganggu orang dan atleast kalau dapat  😁menceriakan sikit hari orang lain bukan tu pun dikira pahala ke? yang penting HAPPY ni jadi pengajaran jugak (lain kali hati2 nak kasi pegi sorok2 sikit hahahaha baru la aman... opss makcik dah tua lupa πŸ˜…)
aunty bb ada jugak cakap dia selalu cerita pasal ibu  pada anak2 dia (wahh fofuler lah mcm ni haha), a cakap psl zakat tu cakap psl ibu
buat facebook untuk dia (takde ape pun niat ni cuma nak anak cucu dia yang ada dalam dan luar negeri tau perkembangan aunty BB) maklomlah dorang semua ada family sibuk jer selalu dan ada anak2 aunty BB tinggal luar negeri, ada jugak tegur aunty bb ni dia jawab  dgn ketawa: 'apasal saya takboleh ckp sama diaorang? saya cerita hal betul apa, mmg awak buat itu semua kan?.. cerita yang baiklah jangan takut' sambil dia gelak2 πŸ‘ΌπŸ˜‰ ...hehe ada2 saja aunty bb ni, apa pun ibu bersyukur ada kwn macam dia, walaupun jarak usia ibu dgn dia jauh 30 tahun lebih tapi kami ni mcm adik beradik yang mak lain bapak lain lah pulak dgn ibu haha bleh gitu ...
 Senang ckp dia ni seorang yang ramah dan baik pada semua orang (banyak persamaan dgn mak ibu sendiri), dan dia punya ramai kawan (wahh network dia besar - korang ade?? πŸ‘­πŸ‘―), dia selalu berfikiran positif dan suka menasihati kawan2 cakap pun selalu baik2 jer semua, tapi pada hakikatnya dia ni hidup sendiri, seorang ibu tunggal yang selalu tinggal sendirian, seorang yang berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain, dan ibu faham bagai mana perasaan dia bila hidup sendiri tentu saja rasa sunyi (mujur ade kwn gila2 skit macam ibu hahaha terhibur jugak dia kan kannn) gitulah cerita nya... pasal AUNTY BB SATIAVAMA seorang gardener di kebun kemasyarakatan RCzone3. Apa pun ibu nak katakan disini, kalau nak buat baik tak perlu kira bangsa dan ugama, baik kawan kita bertambah ceria lah hidup kita, dan kalau lakukan sesuatu haruslah ikhlas.  Moga ibu KONGSIkan disini dapat memberi satu inspirasi dan contoh yang baik pada yang lain, kita jugak yang dapat pahalanya yer tak? jangan takut dengan komen2 sinis atau kata2 orang anggap semua tu bagai angin lalu insyaAllah hidupkan bertambah tenang bila kita lebih bersikap positif dan berfikiran terbuka,buat apa yang korang fikir baik.. dan tak rugi pun kalau kita tolong orang lain PAHALA BESAR tau.

coretan daripada:
Deejay Ibumisali (maaf kalau coretan tak tersusun ayat ya)




belanja korang tengok pokok bunga yang aunty BB tanam,
cantekkkannn, ni baru sikit banyak lagi ade









 ni ade video ibu buat khas untuk Aunty BB klick SINI
END.








Sunday, October 27, 2013

Dia masih HIDUP!!!?

Tarik nafas pajang hari ni bila fikirkan....

Bila kita dah sayangkan sesaorang, agak sukar untuk kita lupakan dia apa lagi untuk tidak mengingatinya, walau macam mana kita cuba perasaan itu akan tetap ada segala ingatan bersamanya senantiasa segar dalam ingatan kita walaupun insan yang kita sayang itu sudah tiada lagi di dunia ini, sejauh mana kita dapat mengatasi perasaan itu semuanya terletak pada diri kita masing masing, adakah kita kuat untuk mengatasinya dan bagaimana nak kita hadapi serta lalui semua itu hanya kita saja tau, kalau permasalahan kita kongsi pada orang lain, adakah dia faham hati kita atau kita akan dgr ayat ini 'jangan ikutkan perasaan atau emosi, sebab ia tak membawa kebaikkan pada diri kita' apa pun cara kita gunakan hanya kita saja tahu dan faham diri sendiri......

Ibu selalu ingatkan diri ibu sendiri dgn berkata 'kita yang kawal emosi ..bukan emosi yang kawal diri kita' tapi ada kala emosi mengatasi segala galanya dan kita macam rasa nak lari jer, tapi di mana? ....... di tempat tiada sesiapa pun tahu.

Hari ni bila surfing senarai rakan Facebook, ibu ternampak satu gbr yang mengingatkan ibu pada sesaorng :(, pada masa tu dpt berita kematiannya dari sesaorang yang mengunakan ID yahoo nya, tapi sebelum tu dapat msg dari HambaAllah ni meminta maaf dan sebagainya, kemudian dapat berita dia telah 'meninggal dunia' mmg rabakla menangis sampai berbulan masih tak hilang sedih dan sebak hati tu, tapi persoalan demi persoalan timbul bila FB beliau tiba2 aktif ape cerita ni??? ibu pun tak faham, tak perlu untuk create atau cipta cerita pasal KEMATIAN dan menyamar jadi orang lain untuk beritau ibu 😐 BLOCK jer ibu dari media masa ni dan tak perlu tengok atau jenguk dimana ibu ada atau buat DRAMA byk2 dan akhirnya siapa yang sedih? diri kita kan?, apa pun macam ibu pernah cakap di radio skit masa dulu, 'kita tak boleh nak paksa untuk orang sukakan kita dan kita juga tak boleh memaksa untuk orang berkawan dgn kita' walaupun hati terusik tapi ibu faham jer dan tak akan mempersoalkan lagi HAL INI, yang sudah tu sudahlah kalau nak bersendiri PERGILAH DAH JAGA DIRI DAN KESIHATAN, DALAM HATI IBU TETAP SAYANG SAMA MACAM DULU..MOGA BAHAGIA DGN APA YANG INGIN DI CARI DALAM HIDUP'

Apa pun kita belajar dari kesilapan dan di kesempatan ini ibu mohon pada semua yang mengenali diri ibu kalau ada salah dan silap ibu selama ibu kenali anda, ibu MOHON MAAF dari hujung kaki ke hujung rambut, takde siapa tak lakukan kesilapan termasuk diri ibu, ibu tak sempurna mana pun, banyak buat kesilapan sama ada sedar mau pun tidak, dan statement ibu ni TIDAK MENYALAHkan sesiapapun, cuma kalau dalam hati korang tu masih ade simpan dendam atau marah pada ibu atau pada sesape saja MAAFkan dgn ikhlas πŸ˜” kita manusia ni tidak sempurna, yang baik datang dari ALLAH SWT dan yang tidak baik datang pada diri ibu sendiri wallahhua'lam.

coretan: Dj Ibumisali

ps: dari catitan ni korang tak perlulah PM bertanyakan hal ni lagi atau ingin tahu siapa yang ibu maksudkan, yang penting baca dan pelajari daripada luahan ni, moga ia menjadikan kita manusia lebih baik dan berguna di masa hadapan insyaAllah.

Contact Us

If you have story to share pls send us email to this address:
LUAHANRASA.FM
http://www.luahanrasa.com
Email us : Attn Admin
radio.luahanrasafm@yahoo.com